Sunday 1 January 2012

Video: Apologi buat Seorang Adik

Beberapa minggu lepas, saya diminta oleh pihak ISMA untuk menulis suatu drama berbentuk motivasi dan muhasabah untuk digunakan mereka ketika perhimpunan musim sejuk JUMS di Lake District.

maka, terhasilah drama Perindu Bulan yang mengandungi beberapa puisi saya - antaranya adalah puisi ini (Apologi buat Seorang Adik).

Dalam video ini, yang membacanya adalah saudara Hizbul dari Edinburgh. Dipentaskan pada malam menjelang Krismas di lokasi berlangsungnya program JUMS.

Harapan saya, agar ini menjadi permulaan kepada budaya pembacaan sajak dan pementasan drama oleh pelajar -pelajar Malaysia khususnya mereka dalam gelanggang dakwah. Semoga dakwah dalam bentuk seni akan dapat diperluaskan.

Puisi ini juga pernah saya deklamasi kepada program SEED di Cardiff (2010) dan program SOS di Sheffield (2011).


Semoga bermanfaat!

P/S: Teringat semasa KMB dulu, puisi saya selalu dibacakan oleh saudara S dan saudari Wani. Kenangan!

No comments:

Post a Comment