Saya menulis post blog ini mengambil kira
ramai sahabat masters di Manchester sedang kalut menyiapkan dissertation. Tak
kurang juga rakan-rakan penulis dalam bidang kreatif yang bertanyakan macam
mana nak atasi sindrom writer's block ni.
Writer’s block ni apa?
Saya pun tak tahu haha. Cuma saya mendefinisikan dalam tulisan ini sebagai sesuatu yang membantut semangat dan kemampuan penulis untuk terus menulis.
Saya pun tak tahu haha. Cuma saya mendefinisikan dalam tulisan ini sebagai sesuatu yang membantut semangat dan kemampuan penulis untuk terus menulis.
Secara peribadi, proses menulis memang tak dapat nak
dielakkan dalam kehidupan. Dalam pengajian Phd,
supervisor saya jenis yang suruh tulis paper (agaknya sebab tajuk composite
recycling agak baru). Di luar waktu PhD, kehidupan sebagai penulis
kreatif memang memerlukan saya terus menulis dan menulis dan melangut
depan komputer memerah idea.
Justeru, tips yang saya tuliskan ini boleh
digunakan pakai untuk tulisan akademik dan bukan akademik.
Apa itu teknik golden hours?
Saya mempelajari teknik ini ketika
menghadiri kursus penulisan tesis di University of Manchester. Saya tak pasti
apa nama sebenar teknik ini tapi yang saya ingat ia dipanggil golden hours.
Kaedah asas teknik ini adalah:
“Tulis saja jangan kira apa, tulis tulis tulis saja. Pedulikan tatabahasa, ejaan, kesahihan fakta dan sebagainya. Pedulikan!”
“Tulis saja jangan kira apa, tulis tulis tulis saja. Pedulikan tatabahasa, ejaan, kesahihan fakta dan sebagainya. Pedulikan!”
Caranya secara umum adalah seperti di
bawah.
- Fikir apa yang anda hendak tulis – pengenalan kajian anda contohnya.
- Bawa laptop atau kertas ke mana-mana kawasan yang tiada gangguan – kedai kopi, perpustakaan. Tiada gangguan dari segi komunikasi. Tempat yang tiada internet dan phone anda juga dimatikan atau diletakkan dalam beg dalam mode silent.
- Buka Microsoft Word atau tudung pen dan kertas.
- Mulakan tulis dan catat apa jua yang terlintas dalam kepala anda. Jangan takut untuk catat dan untuk buat kesalahan ejaan/fakta/tatabahasa dan sebagainya.
- Tulis lagi, tulis sahaja. Jangan khuatir.
- Selepas beberapa minit/jam, anda sudah ada dalam beratus/beribu tulisan yang kualitinya masih lemah tapi flow idea tu adalah sikit-sikit.
- Tamat
Langkah seterusnya selepas sesi golden hours ini adalah tengok semula apa anda tulis dan betulkan mana-mana kesalahan.
Susun balik idea bagi kemas, buang mana yang rasa tak perlu, cari balik fakta-fakta yang ketinggalan.
Susun balik idea bagi kemas, buang mana yang rasa tak perlu, cari balik fakta-fakta yang ketinggalan.
Alhamdulilah, saya sedikit sebanyak pakai
teknik golden hours ni. Sekarang saya dah berjaya hasilkan 4 buah buku dan hasil-hasil tulisan bukan
akademik terutamanya cerpen (boleh tengok senarai penerbitan dalam blog).
Dalam PhD pula, di akhir tahun dua saya berjaya ada 2 conference paper yang dah accepted/presented dan 2 journal paper (1 sudah submit, 1 sudah hampir siap).
InsyaAllah, mungkin teknik golden hours ni boleh membantu sebahagian pembaca.
Dalam PhD pula, di akhir tahun dua saya berjaya ada 2 conference paper yang dah accepted/presented dan 2 journal paper (1 sudah submit, 1 sudah hampir siap).
InsyaAllah, mungkin teknik golden hours ni boleh membantu sebahagian pembaca.
Bagi memudahkan pemahaman, saya bagi
beberapa contoh di bawah.
Contoh 1 – penulisan akademik
Apa yang nak ditulis: Pengenalan kepada
composite materials dan pengunaannya yang meluas sekarang
(boleh rujuk gambar)
Ulasan: Dalam penulisan golden hours memang
akan banyak serabut, tak ingat fakta, grammar entah apa-apa – itu biasa! Tapi yang bagusnya bila nak tulis
yang sebenar – akan menjadi lebih mudah sebab sekurang-kurangnya kita ada
sesuatu (rangka) untuk dirujuk.
Contoh 2
penulisan kreatif
Apa yang nak ditulis: Suasana pagi, persekitaran
Manchester dan watak lelaki, Danial Aqasha baru keluar pintu rumahnya
untuk ke kelas.
Tulisan sewaktu sesi golden hours:
Matahari pun menyinar rasa cuaca boleh tahan sejuk-sejuk musim luruh, keluar rumah rasa bau pohon hijau sebab semalam hujan. Danial Aqasha pakai jaket tak tebal mana, menghirup secawan kopi dan keluar rumah dengan rasa kalut sebab lambat dah. jalan ke perhentian bas. tunggu bas. naik dan kemudian sampai sekolah dia bertemu dengn kekasihnya Natasha di depan pintu.
Tulisan sebenar yang dibuat kemudian:
Matahari tersenyum di langit timur saat suhu sederhana 10 darjah Celcius musim luruh berkunjung ke bumi Manchester. Danial Aqasha mengenakan jaket kulit nipis, menyedut saki baki kopi sejuk semalam lalu pantas menuju ke pintu rumah. Perjalanan 5 minit berjalan kaki ke perhentian bas berdekatan ditemani daun-daun coklat berguguran di tanah. Jauh di perhentian bas, Natasha menyungging senyum dan melambai-lambai. Danial melajukan langkah.
Ulasan: Tulisan sewaktu golden hours memang
terabur dan tak kemas, tapi sangat membantu untuk melancarkan perjalanan untuk
tulisan sebenar. Tulisan golden hours ibarat seperti rangka. Dalam penulisan golden hours, kita merapu sahaja apa pun sebab bukan final lagi, maka kita tak rasa risau nak tulis benda yang di luar perancangan atau mengarut. Plot juga boleh diubah sikit-sikit.
Kebaikan teknik golden hours:
- Anda sekurang-kurangnya dah mula menulis dan merangka idea walaupun tak sempurna mana dan banyak cacat cela.
- Memudahkan anda untuk meneruskan penulisan sebab dah ada ‘something’ – jadi moral tak rasa down sangat. Motivasi lebih tinggi bila menghadap rangka tulisan, berbanding menghadap Microsoft Word yang putih kosong sekosong-kosongnya.
Kelemahan teknik golden hours:
- Anda banyak menulis, tapi menulis yang kurang berkualiti (tapi boleh diatasi dengan berulang kali edit dan perkemaskan lagi tulisan)
- Kadang-kala banyak masa dihabiskan untuk menghasilkan rangka berbanding tulisan sebenar
Jujurnya dalam menulis post blog ini pun
saya mengalami sindrom writer's block. Balik rumah konon nak tulis asyik
tertidur dan ralit makan malam sambil tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu di Youtube
(rumah di Manchester tak ada TV huhu).
Maka hari ini saya pun bawa
laptop ke kedai minum Chatime di Manchester, pesan segelas besar milk
chocolate tea dan menumpukan perhatian pada laptop tanpa internet ini. Saya
tulis di Word secara laju dan cincai. Kemudian bila depan komputer di school, barulah edit dan upload ke blog.
(Tapi sebenarnya ada juga sedikit gangguan,
sebab telefon bimbit ada internet huhu!)
Sebelum tamat, saya nak berkongsi
pengalaman saya bersama penulis tersohor Malaysia, Nisah Haron ketika dia
melawat saya di Manchester tahun 2011 (saya buat degree waktu ni).
Saya pun tak ingat sangat dialognya, tapi
lebih kurang beginilah. Kak Nisah Haron ada muatkan juga dialog ni dalam bukunya
Kembara Sastera.
“Kak saya nak tulis tapi rasa tak tertulis sebab saya pentingkan kualiti penulisan. Akibatnya saya tak ada cerpen sebab nak sangat kesempurnaan." kata saya.
“Ada cerpen yang siap ditulis tapi kurang berkualiti LEBIH BAIK daripada cerpen yang kita rasakan bagus tapi tak siap-siap ditulis sampai ke hari ini!” balas Kak Nisah Haron.
Maksudnya di sini, teruskan menulis sama ada berkualiti atau tak – yang penting selepas itu boleh tulis semula atau sunting berulang kali sampailah jadi power!
Selamat mencuba dan insyaAllah kalau ada
tips penulisan lain saya cuba kongsikan.
Sudi-sudilah kongsi jika dirasakan
bermanfaat.
Shahkang
Manchester, UK
Uk, aku mai.. sy harap buku tu ada sambungan... tolong la publish lagi...
ReplyDeleteNice tips!. Terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteterbaik shah kang... tq so much
ReplyDelete