Thursday 19 September 2013

Aku Segan Dengan Kawan-Kawan!

Masa untuk mengutuk diri sendiri. Bersedia. 

Selesai empat tahun berkuliah di Manchester, saya ingin membuat pengakuan bahawa saya sebenarnya berasa cukup segan dengan rakan-rakan yang menuntut di universiti tempatan. Tidak dinafikan juga, ada rakan-rakan universiti tempatan merasakan segan dengan penuntut luar negara, kononnya kami lebih fasih berbahasa Inggeris, lebih minda terbuka dan entah apa lagi.

Nampaknya kita sama-sama segan lah, ya?

Saya jelaskan hujah ini berdasarkan dua kata kunci utama: KEWANGAN dan PENGALAMAN BERAKTIVITI


1) Kewangan


Hal ini merupakan yang paling ketara. Kita di luar negara mendapat elaun yang cukup banyak malah melimpah ruah. Tambahan lagi setelah pihak kerajaan UK dikatakan meletakkan minima GBP 800.00 untuk elaun bulanan pelajar luar negara. Maka elaun sekarang dinaikkan kepada GBP 880.00.

Sebelum ini GBP 650.00 pun dah cukup banyak, inikan pula GBP 880.00!

Saya merasakan ini sesuatu yang cukup 'lemak' buat pelajar luar negara. Disogok dengan wang cukup banyak dan begitu selesa hidup sedangkan pada waktu sama rakan-rakan universiti tempatan berusaha secara berdikari untuk mengumpul wang bagi membeli sesuatu atau berkahwin. Yang grad oversea dengan berlagaknya membawa pulang wang selambak yang dikumpul untuk tujuan berkenaan. Tak ada pengalaman kesusahan mengumpul wang seperti mahasiswa tempatan.

Lebih bertambah segan apabila ada pelajar luar negara yang komplen berkenaan hidup susah, tak cukup duit dan sebagainya. Sudahlah tu bermewah-mewah dengan pelbagai gadget, sedangkan orang lain bersusah payah mengumpul wang nak hidup.

Hal ini juga menjelaskan kenapa pelajar luar negara yang biasa belajar di universiti tempatan (budak Masters selalunya) dilihat lebih berdikari dalam soal ini. Mereka akan cuba mencari kerja sampingan di samping berjimat cermat untuk masa hadapan. Sesuatu yang jarang diikut pelajar yang berasal daripada A-Level mahu pun IB (baca: yang tak biasa hidup di universiti tempatan).

Kebanyakan pelajar luar negara lain berfikir rileks dulu duit banyak. Hurray, tak perlu fikir soal jimat cermat yang penting kita boleh beli benda mahal dan melancong sakan bagi membuktikan kehebatan kita sebagai pelajar luar negara. Ops jangan lupa gambar salam perantauan.

Tak rasa segankah dengan orang lain? Lembik sungguh la makan duit rakyat pun nak bermegah-megah lagi. Kemudian duit lebih digunakan untuk kehidupan selesa di Malaysia. Orang lain susah.

Huhu.

Oh segannya. Rasa rugi juga kerana dimanja-manjakan sebegitu. Orang lain dapat bermacam-macam pengalaman, kita hanya dapat pengalaman menunggu duit masuk di laman online banking. Terlepas nikmat untuk menghadapi pengalaman sebegitu yang sememangnya mengajar kita menjadi manusia sebenar dan bukan sekadar manusia yang 'megah' dengan title pelajar luar negara semata-mata.


Contoh bilik di luar negara yang selesa. Maka tiadalah pengalaman hidup tidur atas tilam lembik di atas lantai yang mengajar erti kepayahan yang seterusnya membuatkan kita bersyukur dan lebih kuat menghadapi cabaran masa hadapan. Rugi sungguh pelajar luar negara.

2) Pengalaman beraktiviti


Saya dapat merasakan pelajar di luar negara kebanyakan kurang biasa dengan aktiviti-aktiviti setempat di Malaysia dan menyebabkan kebolehan untuk menguruskan sesuatu program itu kurang.

Kalau urus program pun, tak melibatkan ramai orang berbanding di Malaysia. Kalau setakat buat program bersama komuniti Melayu Manchester, audiensnya setakat pelajar luar negara yang corak pemikirannya lebih kurang sama sahaja. Kalau buat program musim sejuk yang menghimpunkan pelajar-pelajar seluruh UK, samalah juga. Audiensnya tidak begitu mencabar sebagaimana di Malaysia.

Kalau menjadi pengurus majlis konvokesyen di Malaysia misalnya, nah audiensnya berpuluh ribu orang dan hal-hal berkenaan politik sudah pasti perlu dipelajari. Program yang dibuat harus mengambil kira banyak kumpulan sasaran dengan interest masing-masing yang berbeza. Kalau kekal dengan prinsip sendiri, mungkin yang hadir hanya sekerat dua saja maka majlis tersebut gagal untuk mencapai matlamat.

Cukup mencabar, saya kira. 

Sebab itulah saya merasakan, pelajar luar negara akan terkepung dalam kelompok idealnya. Apabila pulang ke Malaysia, kita akan gagal jika tak pernah terfikir realiti sebenar umat universiti di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat - kaki motor, kaki bola, kaki awek dan sebagainya.

Bukanlah bermaksud tak boleh ada matlamat yang ideal tapi harus juga berfikir tentang kesesuaian dan kelangsungan idea itu dengan realiti masyarakat Malaysia pada masa kini. Harus seimbangkan kedua-duanya.

Kesimpulannya:


Pelajar luar negara haruslah melakukan kerja rumah tambahan bagi mengisi kelompongan ini. Haruslah punya kesedaran dalam berbelanja dan merasai sendiri betapa faktor kewangan semasa hidup di Malaysia cukup mencabar. Bukan sekadar komen "Apalah sangat minyak naik 20 sen?". Iyalah, 20 sen bagi anda hanya beberapa pence sahaja berbanding elaun beratus-ratus yang anda dapat.

Pengalaman beraktiviti dapat dikembangkan dengan menyertai banyak program-program melibatkan masyarakat di Malaysia bagi mempelajari dan mengembangkan jaringan perhubungan. Bukan hanya asyik bergaul dengan kawan-kawan luar negara kerana saya berpendapat pelajar di luar negara rata-ratanya berasal dari tempat yang sama: Kolej MARA, MRSM, SBP bla bla. Kebanyakan kawan terdiri daripada orang-orang baik yang mempunyai cara pemikiran yang sama dengan kita.

Keluar daripada comfort zone ini kalau betul-betul mahu berjuang membetulkan masyarakat!

Maka seharusnya ada kerja rumah tambahan bagi meluaskan jaringan kenalan dan pengalaman. Hal ini kerana, kalau kita berhasrat menjadi sebahagian daripada peneraju negara suatu masa nanti, keadaan masyarakat haruslah juga kita fahami sebelum membuat apa-apa tindakan.

Haruslah ada rasa segan dan malu dengan kawan-kawan seperjuangan di tanah air yang begitu berdikari dan seterusnya mendapat pengalaman yang berlipat kali ganda berharga untuk kehidupan berbanding pengalaman main salji dan bertonggek di hadapan Big Ben London!


Pengalaman di depan Big Ben, bukan sesuatu yang perlu dibanggakan sangat sebenarnya kerana ia kurang mengajar mengenai kehidupan.

Penulis adalah graduan universiti United Kingdom

20 comments:

  1. salam penulis,


    sudah lama saya mahu luahkan perkara yang sama tentang isu lemahnya pelajar luar negara (Malaysian students yang belajar di luar negara). Saya salah seorang daripadanya, sekarang kat india di usmkle.

    terutamanya bab aktiviti dan duit. bila nak buat aktiviti, try minta bantuan kampus USM malaysia, mereka tak mampu bagi, tapi mcm mana? kami tidak ada peluang nak berbisnes cari dana utk giatkan aktiviti kampus. bukan semua pelajar mahu turut serta pun satu masalah.

    kami yang sebenarnya sekufu dgn kampus kesihatan USM di Kubang Kerian pula rasa cemburu tgk mereka banyak program kesenian ISLAM, minggu borneo dan mcm2 lagi. panggil penceramah hebat2 bagi forum dsbg. Kami di sini memang payahlah kan. lebih2 lagi universiti yang setahun jagung.

    but dalam banyak2 halangan, students makin berani manage events. kami events sukan pun buat sendiri je walaupun pelajar tak ramai. tapi serious takde apa nak dibanggakan sangat. banyak privilege student di dalam negara dapat. privilege utk survival.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara, terima kasih atas komen.

      Ya segala birokrasi yang menyusahkan (semasa buat event_ sebenarnya membuatkan seorang pelajar itu biasa dengan sistem di Malaysia lantas menambah kecekapan. tambahan di Malaysia, banyak pelajari tentang network, cara mendapatkan wang dengan bisnes, turun naik pejabat minta sponsor untuk projek. itu semua pengaolaman berharga.

      saya setuju bab privilege untuk survival itu!

      Delete
  2. Saudara, memang benar perkara dinyatakan di atas. saya pun agak terfikir dan terbawa dengan rentak pelajar malaysia di uk.

    Tetapi rugilah saya kira jika seseorang pelajar yang dapat belajar ke luar negara itu, tak mengambil ibrah dari apa yang dilalui di luar negara. Memang benar segala yang saudara luahkan mengenai manja dan sebagainya, tapi itu satu pengalaman. Kalau setakat dikatakan bertenggek di big ben tu tak mendidik apa-apa, rugilah kita. Bertenggek di bigben melihat karenah manusia, belajar mengapa negara kafir sebegini seperti lebih dilimpah ruah kesenangan berbanding negara islam. ya islam tidak menggalakkan keya raya berlebihan tapi adakah islam memnuntut kita menjadi seperti negara-negara muslim yang ada sekarang?

    saya sekali lagi setuju dengan keluar dari confort zone. yalah, kalau asyik berprogram dengan rakyat yang sama taraf pendidikan saja, memanglah akan timbul rasa riak. seumpama kita lebih superior dari pelajar yang belajar di universiti tempatan. tapi agak susah sebenarnya kalau kita betul-betul cuba berbincang dalam-dalam mengenai isu kritikal dengan mereka. pemikiran sudah lain, jadi yang kita boleh bincang, tidak banyak. seperti saya yang lebih kerap bercerita mengenai pengalaman bersama pakcik yang pernah belajar di us, daripada ibu bapa sendiri, kerana kelihatannya kalau saya bercerita mereka tidak begitu mahu mendengar kerana luar dari pemikiran.

    maaf jika komen saya membuat anda 'angin' =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudari, jangan risau tak akan angin punya.

      Ya apabila saya menulis tentang Big Ben itu, saya berfikir juga. sebab sebagai penulis, memang proses bertenggek di mana-mana itu adalah sumber ilham yang sangat mengujakan. duduk di tepian kota London dan melihat kesibukan manusia itu membawa banyak muhasabah, seperti yang telah saudari ceritakan di atas.

      terima kasih atas perkongsian.

      Delete
  3. salam. saya setuju dengan pendapat anda yang betapa mewahnya pelajar study oversea ni. ramai kawan2 saya yang study oversea berpeluang bercuti ke negara2 seperti france, uk dan lain2. hati kecil saya berkata, "untungnya mereka. dapat pegi melancong ke nagara2 macam tu, walhal belum bekerja dan masih lagi belajar." tapi takpa, mungkin tu ganjaran bagi mereka golongan bijak pandai dan rezeki mereka.

    saya cuma pelajar ipta di malaysia. memang saya akui, wang pinjaman memang tidak mencukupi sebab kos sara hidup di malaysia semakin meningkat. terpaksa bekerja sambilan jika dan perlu bijak membahagi2 kan masa antara belajar dan bekerja. tak sanggup rasanya nak terus menerus meminta wang belanja daripada parents. walau apa pun, saya masih bersyukur berpeluang melanjutkan pelajaran di ipta.

    dengan ini, saya cuma nak kata bahawa, pelajar yang study oversea, patut sangat2 bersyukur kerana berpeluang melanjutkan pelajaran ke tempat orang dan tak perlu terlalu risau mengenai wang sara hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara, ya benarlah perlu bersyukur. insyaAllah saudara juga akan dapat banyak pengalaman yang pelajar luar negara tak dapat. itu juga satu kelebihan. terima kasih atas perkongsian

      Delete
  4. Assalam,

    Secara luarannya apa yang saudara cakap itu betul, sebagai salah satu pelajar luar negara saya akui, kita memang ada privilege untuk jalan2 dan mendapat duit yang mencukupi. Alhamdulillah, terima kasih rakyat malaysia.

    Tapi saya ada argument dengan apa yang saudara cakapkan, sebab saya rasa pengalaman yang yang kita dapat lebih banyak dari apa yang saudara utarakan .salah satu daripada banyak kelebihan yang kita dapat, ialah PENGALAMAN and it is very valuable. Kalau kita sekadar pergi belajar dan tak observe apa kelebihan negara orang and tak fikir kepincangan negara, tak fikir cara untuk kita improve negara, then it's a waste. Tapi memandang kepada kawan2 saya yang belajar di luar negara dan diri sendiri, saya dapat lihat banyak perubahan dari segi cara pemikiran kami. Dan saya fikir itu yang paling penting. Kalau dari segi penglibatan aktiviti, itu semua pilihan sendiri. Dekat sini, ada je student yang handle aktiviti uni dan terlibat dengan semua locals, so it's all about choice. Jadi volunteer kat mana2 event ke, deal dengan dean dekat uni untuk sports activity/ international students activity. Dan banyak lagi.

    Dari segi kewangan , kebanyakan kawan2 saya yang belajar dekat sini, di Australia, untuk pergi berjalan memang mereka bekerja untuk dapat duit lebih. Dan saya percaya kerja itu pun memberi banyak pengalaman. Saya tak pasti la dengan pelajar UK. Sayang la kalau kita duduk luar negara tapi masih bergaul dengan golongan yang sama, balik dengan pemikiran yang sama.

    Kesimpulannya, saya setuju kita ada kelebihan malah saya setuju kita banyak kelebihan, cuma saya lihat banyak dari sudut positif yang membolehkan kami membangunkan negara dengan lebih baik lagi. InsyaAllah. Mari sama2 belajar dari kelebihan orang luar untuk kelebihan rakyat Malaysia sendiri.

    p/s: bukan nak melatah, cuma nak berkongsi pemikiran kami. Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara atas pandangan.

      Pandangan pelajar dari Australia ternyata berbeza dengan kami di UK. mungkin kami mewah sedikit lagi. jarang orang kerja di sana, bukan sebab tak nak tapi sebab susah nak dapat. ada juga dengar kawan2 di NZ mudah dapat kerja.

      ya itu semua pilihan. kalau ke UK semata-mata nak merasai salji, maka rugilah hehe.

      begitulah saya pun - akan cuba manfaatkan apa jua di luar negara dan masukkan dalam penulisan di samping untuk pedoman diri sendiri.

      terima kasih sekali lagi atas input. semoga pembaca lain dapat membaca dan mendapat manfaat bersama :D

      Delete
  5. Susah nak dapat dan sangat memilih mungkin Abang dan kakak ipar saya belajar di Sheffield, kerja part time sebagai janitor. Kerja kontrak kutip buah masa cuti semester. Abang saya belajar di Surrey, kerja part time jadi janitor. Saya belajar di NZ, pernah kerja kitchen hand, waitress, housekeeper, dan fruit picker&packer. Pengalaman yang sangat membuka minda dan belajar empathy.

    Bab bermegah-megah tu saya pun malu. Nak hantar salam perantauan pun saya segan. Apakah motif (niat) hantar salam perantauan walhal kita selalu call, video call, chatting dengan family dan rakan-rakan di tanah air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah atas semangat mahu bekerja itu. Harapnya pengalaman dibawa pulang dan diadunkan agar menjadi satu motivasi buat kita dan orang Malaysia lain.

      Ya di Sheffield macam selalu dengar orang dapat kerja. Di Manchester macam kurang. Mungkin susah dapat, atau kami sendiri malas mencari. Entahlah.

      Delete
  6. count your blessings guys. and a souvenir for me. ngehh.

    ReplyDelete
  7. emm.setuju sgt.pelajar luar negara biasanya gunakan duit elaun mereka untuk melancong tnpa fikir kesusahan org lain di Malaysia. (take note : biasanya bukan semua)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum... Rasa terpanggil untuk beri sedikit komen disini.. Saya pernah belajar di Malaysia (diploma) dan juga belajar di luarnegara. Dekat saja di negara jiran kita Indonesia... Alhamdulillah di Malaysia saya terima alaun dari kpm kerana sy dibidang pendidikan. Jumlah mungkin nampak banyak seribu lebih tapi untuk saya yg dah berkeluarga mmg agak sedikit rumit sbb mempunyai komitmen yg besar. Walaubagaimana pun alhamdulillah dlm susah payah pahit jerih tu sy mampu mendapat pointer yg agak baik dgn famili yg cukup keperluan... Walaupun hanya makan nasi dan ikan bilis goreng... Alhamdulillah Allah bg kami kesihatan.
    Semasa di Indonesia saya ambil degree selama 3 tahun. Untuk tahun 1-2 dibiayai ibu dan ayah (belum kahwin) dan tahun akhir saya diberi pinjaman hanya 5k alhamdulillah walaupun jumlah xberapa nak byk tapi sudah cukup mewah utk saya disebabkan sy dah merasai 2 tahun biayaan ibubapa yang hanya berapa ratus sahaja utk 1semester... Jadi dengan segala kesusahan buatkan otak kita kreatif utk menambahbaikkan cara berfikir dan bertindak.....
    Sekarang impian saya utk buat master di negara barat. Impian ni dah lama cuma masih lagi mencari/research dari mana titik mula utk saya ke sana.. Sbb disini saya ada juga tanggjwb. Bukan utk bermegah pilihan ke negara barat. Niat utk mencari pengalaman dan luaskan pemandangan. Apapun yang dilakukan pasti ada niat yang terselit. Manapun kita belajar jgn hingga lupa diri walau di Malaysia atau di luarnegara... Itu yang penting. Bersyukur dengan rezeki yang kita peroleh.. Kita hanya perantara yang Allah amanahkan utk manusia lain...Sentiasa ingat kemana2 pergi kita akan bawa nama negara dan ibubapa.

    ReplyDelete
  9. salam..tq sbb sudi share pngalaman saudara. saya sbnr nye tgh plan utk smbg master di luara negara tp still pilih univ, itu pon klu dapat la..anyway, gud luck for your studies.

    ReplyDelete
  10. saya tidak bersetuju dgn pendapat saudara

    ReplyDelete
  11. sy sebagai pelajar australia tajaan mara,tidak bersetuju dgn ap pendapat saudara kerana kami disini belanje hny ckup makan.Tidak mewah tetapi tidak pulak terlampau ssh, kunci utama berjimat cermat.
    Kos sara hdup kami disni tggi,amat sgt tinggi, belanje sewa rumah kami melebihi separuh dari wang tajaan, itu adalah rate average,kalo nak lebih selese,terpakse lah ikat prut sikit tahan makan. Malah pd pendapat sy kami disini mengenal erti ssh pyh bekerja smbil belajar, kami snggup jadi cleaner utk dapatkan wang lebih, dapat lah kami menikmati makanan yg mewah sedikit dari kebiasaan seperti makan di kedai, atau dapat lah kami menikmati ikan segar. Pelajar uk mmg amat bertuah, dapat belanja lebih dari septt nyew, malah kawan2 sy di uk jgk mmg hdup mewah di sana, bercuti ke eropah itu perkara biasa. Tidak keterlaluan jika sy berkata hdup di malaysia lebih mewah.

    ReplyDelete
  12. sya terpanggil utk memberi sedikit komen ttg keistimewaan pelajar yg berjaya melanjutkan pengajian keluar negara........semua pelajar lepas SPM mmg semua bercita-cita utk melanjutkan pengajian di luar negara...perkara pertama dlm minda ialah mengambil peluang utk melancong merata tmpt seluruh dunia, kedua mengejar status sebagai pelajar luar negara hanya ada status sudah cukup utk menaikkan saham diri sendiri ..... ramai pelajar Malaysia gagal mencapai target sbg pelajar yg berjaya dan pulang Malaysia dgn kegagalan namun jiwa dan minda mereka seronok dan gembira kerana status pelajar luar negara itu lebih mustahak dan lebih bernilai ..........namun Malaysia tetap mahu menghantar pelajar keluar negara atas sebab menjaga nama baik negara dan tetap membuka peluang kepada mana2 pelajar yg berjaya utk belajar di luar negara ...... di manapun universiti di luar negara jelas menunjukkan kejayaan pelajar Msia mmg menyedihkan jika di bandingkan dgn keputusan dari pelajar S'pore, Indonesia, Thailand dan negara lain di Asia Tenggara ..... jadi mana2 pelajar yg berkaya mendapat biasiswa JPA atau MARA bersyukurlah kepada ALLAH ..itu tandanya ALLAH sedang menguji adakah kamu semua bersyukur kpd ALLAH maka duit biasiswa yg banyak itu sepatutnya di sedekahkan kpd ibubapa utk mengurangkan bebenan ibubapa menyekolahkan adik-adik yg lain dan utk mengurangkan beban ibubapa mengharungi masalah kewangan untuk membayar bermacam jenis bil setiap bulan ....tetapi sebaliknya keinginan hati utk melancong seluruh dunia itu lebih mustahak dan lebih penting ......... mereka tak pernah terfikir utk bertanya adakah ibubapa mereka sempurna makan dan minum dirumah spt mana mereka hidup mewah dgn duit biasiswa yg di perolehi ....

    ReplyDelete
  13. Kepada penulis,

    Terima kasih atas entri yang cukup menarik ini. Saya seorang pelajar yang sedang menuntut di UK dan saya rasakan apa yang diutarakan saudara ada relevannya dengan pelajar-pelajar di sini. Walaubagaimanapun saya fikir amat penting untuk kita menjadi lebih kritikal dan tidak mudah untuk menyamaratakan semua pelajar 'tempatan' dan pelajar 'luar negara' di dalam kotak fikiran stereotype ini. Syukur sepanjang saya berada di sini saya telah banyak menimba pengalaman hidup yang amat berguna yang saya fikir berjaya untuk membuka minda saya terhadap dunia. Walaupun kerja di univesiti kadang kala terlalu banyak, saya cuba sedaya upaya untuk bergiat aktif dalam aktiviti luar kurikulum yang melibat semua pelajar bukan sahaja pelajar Malaysia. Saya juga telah mengambil inisiatif untuk melakukan 'research' di Ethiopia, menganjurkan seminar 'Global Health' nasional, memenangi pertandingan inovasi, dan sebagainya.

    Malah interaksi harian saya lebih banyak melibatkan pelajar bukan Malaysia bukan kerana saya memilih, malah sebaliknya kerana bilangan pelajar Malaysia di sini adalah sangat sedikit berbanding pelajar lain. Saya juga tinggal bersama pelajar berbangsa perancis dan ini membuatkan pengalaman saya lebih universal. Bukan semua pelajar luar Negara mengikuti hanya aktiviti 'Malaysia' dan pergi ke 'summer camp' anjuran badan-badan NGO setiap kali adanya cuti.

    Tentang kewangan, itu adalah hak individu untuk menguruskan kewangan masing-masing dan saya setuju berbandng pelajar tempatan, pelajar luar Negara mungkin lebih mewah. Tetapi ini bukanlah prioriti untuk kita bincangkan. Duit banyak ataupun sedikit, jika cukup tidak patut menjadi penghalang untuk mencabar diri keluar daripada kepompong selesa.

    Sekian.

    ReplyDelete
  14. Seronok membaca entry ni. Beri perspektif dan pandangan baru utk saya.

    ReplyDelete