Tuesday 6 August 2013

Tips Beraya di Rumah Bakal Pasangan Hidup

(bahasa yang digunakan dalam post ini ada yang tidak sesuai digunakan untuk tulisan rasmi. Harap maklum)

Panjangnya tajuk blogpost kali ni. Macam tajuk dalam buku teks sekolah.

Musim Aidilfitri menjelma lagi. Wow! Kanak-kanak bergembira dapat duit raya, main mercun (merosakkan duit) dan sebagainya. Orang-orang tua seronok sakan anak-anak pulang ke kampung.

Anak muda? Beraya rumah kawan-kawan adalah sesuatu yang wajib!

Dalam banyak-banyak anak muda, akan ada yang bakal beraya di rumah bakal pasangan hidup mereka.


Atau dengan kata lain, ini adalah langkah awal untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pasangan. First time nak jumpa, cuak bro!

Maka hal ini akan menimbulkan banyak kekalutan, keresahan yang lantas menyebabkan pertemuan tu jadi macam...:

"Alamak, nak cakap apa ni?" 
"Malu wei huhu." 
"Wei kena soalan killerrrrr.."

Jangan gusar jangan khuatir (bukan buasir). Di sini saya akan menerangkan serba sedikit tips bagi menyempurnakan lawatan anda tanpa sebarang luka-luka atau kecederaan serius (maknanya kecederaan ringan akan ada la? Huhu).

Saya pernah menulis status yang berbunyi serupa tahun lepas - sila rujuk link ini, jadi post ini akan turut sama mengulas hal-hal yang berlaku dalam post tersebut.

(Post ini ditulis dari kaca mata seorang lelaki. Tapi insyaAllah perempuan pun boleh pakai)


Langkah 1 - Minta kebenaran untuk ke rumah


Tak semua orang berpeluang untuk beraya di rumah pasangan masing-masing. Ada yang baru sahaja berkenalan jadi ada sesetengah pasangan yang 'awkward' bila pasangannya yang datang ke rumah. Kata-kata seperti "Ish awai sangat la nak mai kenai dengan mak ayah aku.." atau "Tak payah la mak ayah aku macam belum bersedia untuk mengetahui tentang kita (ayat novel)"

Dan ada juga pasangan yang tak mahu bagi pasangan mai rumah (atas sebab baru berkenalan/masih belum sesuai), maka akan ada beberapa hint yang seolah-olah mengatakan kepada anda - "Ala, tayah mai la!".

Jadi tengok baik-baik! Dapatkan lampu hijau untuk ke rumah kalau tak mau kena hambat.


Langkah 2: Cari rumah


Anda mungkin berjanji dengan pasangan anda, jam berapa anda akan tiba dan sebagainya.

Maka akan serabut dan memalukan kalau sesat dan terkial-kial mencari arah.

Sebelum pergi, sila semak Google Map kedudukan rumah pasangan anda.

Jangan nanti bila dah sampai tengah bandar (contoh: Alor Setar), baru nak call:

"Ni, saya dok ada di tengah pekan Loqstaq ni. Rumah tang mana? Ni yang ada pokok besaq depan ni ka?"

Apa hang ingat Loqstaq tu besaq kuman ka woi?

Jangan satgi sampai pi rumah orang lain dan tertukar pasangan. Kalau jadi macam tu memang kesulitan amat dikesali.


Langkah 3: Cari teman/wingman


Wingman sangat penting untuk menenangkan anda dan memberikan idea untuk anda bersembang. Hal ini juga untuk mengelakkan isu terberak (takut sangat) ketika bertemu.

Wingman hendaklah memahami yang anda sebenarnya mempunyai hubungan dengan gadis tersebut. Ini untuk mengelakkan atau mengurangkan kebarangkalian yang awek anda akan dirampas oleh kawan sendiri (penting, sila catat ke dalam diari).

Wingman hendaklah yang jenis tak takut dan pemalu. Susah kalau nanti anda pemalu, wingman pun jenis senyap maka memang perbualan itu akan karam ke lautan dan akhirnya semua orang di rumah itu hanya membuka saluran 104 Astro untuk menonton artis melompat-lompat sempena hari raya.


Langkah 4: Ke rumah


Perjalanan ke rumah pasangan anda memang digeruni untuk kali pertama. 


Perasaannya seolah-olah ketika anda bersunat dahulu. Bila dah sampai depan klinik/hospital/pak mudim mai rumah anda akan cakap - alamak dah sampai masa dah ka? Adoi. Huhu.

Maka hati anda akan berdegup kencang sepanjang perjalanan.

Bertambah degup bila membuat selekoh masuk ke taman perumahan tempat tinggal gadis itu.

Rasa nak pengsan bila dah jumpa nombor rumah gadis itu.

Mungkin mati bila enjin kereta dah dimatikan dan anda perlu melangkah keluar.

Ok. Exaggerate. 

Apa yang perlu anda buat hanyalah membayangkan perjalanan itu satu perjalanan yang biasa. You are what you think! Maka fikirkan anda sedang memandu ke pantai pelancongan atau untuk mengambil adik dari pusat tuisyen nescaya kegugupan anda hilang. - catat woi tips penting ni




Langkah 5: Masuk Rumah




Detik paling mencemaskan sebab anda tidak tahu bagaimana penerimaan awal ibu bapa gadis itu terhadap anda. Ada yang ramah, ada yang tak ramah, ada yang macam dingin, ada yang tak pasti apa perasaannya. Macam-macam.

Selalunya si gadis itu akan menyambut di pintu (ya la satgi silap rumah jenuh ampa nak lari tak cukup tanah!). Kemudian gadis itu akan memperkenalkannya kepada ibu dan ayahnya.

Selalunya ibunya sibuk di dapur tapi keluar ke depan sekejap menjenguk anda cakap hai hai. Ayahnya adalah teraju utama.

Langkah 6: Sembang-sembang Sebelum Makan


Waktu paling memerlukan skill bercakap sebab waktu ini makanan sedang disiap-siapkan di dapur.

Maka anda, wingman dan ayah si gadis akan berada di ruang tamu untuk berbual-bual. 

Nak cakap apa? Ya inilah soalan paling selalu ditanya.

Macam-macam boleh, antara yang popular untuk orang-orang utara (sebab saya orang utara):

a) Cuaca: pakcik hangat noo la ni. ish ish
b) Kerja: pakcik dok buat apa la ni?
c) Tempat tinggal: Ih Loqstaq/Kangaq la ni jammed teruk noo. 

Anda mungkin merasakan, eh sikitnya? Ya memang. Anda perlu bijak untuk mengolah keadaan dan jangan diam. Selalunya orang tua ni, kita yang kena spark interest dia baru dia mau sembang. Jadi teruskan bertanya dan curious dengan apa jua yang sesuai

Tapi..Tapi!!


Jangan curious dengan benda yang tak sesuai dan tanya soalan yang janggal. Contohnya:

a) Pakcik minat bola pasukan apa? (Tak tahu pun pakcik tu minat bola atau tidak!)
b) Rumah ni pakcik beli bapa ribu? Nak jual tak (macam cerita Do Re Mi)
c) Benda-benda berbaur perbalahan dan politik (tanpa mengetahui pakcik tu sokong mana)
d) Pakcik minat AF dak? Sapa patut menang Lisa Surirumah ka Tasha Shelly?
e) Apa pendapat pakcik tentang isu US di Iraq?

Soalan-soalan di atas boleh ditanya kalau ada mukadimah yang baik. Contonya nombor 1, boleh ditanya kalau pakcik tersebut memang minat bola. Contoh pakcik tu dulu yang tanya: "Awak dok study di UK, tak pi tengok bola ka?". Maka dengan mukadimah ini soalan a) boleh digunakan. Sama juga dengan b,c,d,e. Jangan ampa dok pi mula2 teruih tanya tu memang nak kena tibai ah. 

Langkah 7: Makan-Makan


Ya masa untuk makan-makan sudah tiba. Maka ayat yang si ayah akan sebut adalah "Ha siap dah hidang. Mai. Sila-sila." Dia akan bangun dan jemput anda dan wingman ke meja makan lalu berkata "Ni Rogayah (merujuk kepada gadis pujaan anda, bukan nama sebenar), pi ambik sudu tambah. Tak cukup ni."

Inilah masa anda, wingman, ibu dan ayah, serta gadis itu akan duduk semeja untuk makan. Perbualan diteruskan.

Poin tambahan di sini adalah bercakap soal makanan. Antaranya:

1) Kuih raya ni buat sendiri ka?
2) Ih lama saya tak makan deriyan kena dengan pulut ni. Dulu masa tokwan saya ada lagi, selalu la. 
Jangan cakap benda-benda macam ni:

1) Wui gila sedap gila pakcik makcik. Ih ih (nak puji tapi over)
2) Awat pedas semacam kari ni? Makcik guna serbuk cili cap apa?
3) Rasanya kedai Bang Mat depan tu sedap lagi
4) Saya tamau makan kuih ni sebab haram tak sedap. Serius makcik tak tipu. Saya jujur. Saya pemuda jujur. (nak tunjuk kata seorang yang jujur)

Makan biar sopan, jangan la teruk sangat makan sampai comot muka. 


Langkah 8: Plot Peleraian


Masa yang mungkin melegakan anda. Atau ada setengah orang rasa seronok sangat dan malas nak balik. Mungkin sebab penerimaan yang positif oleh keluarga si gadis.

Jadi minta diri dengan sopan.

"Pakcik, saya nak kena pi dah ni."

atau

"Pakcik, lewat dah ni. Saya pun nak kena pi ke lain dah ni. Ada 2,3 rumah sedara nak kena pi pulak."

Maka mereka bertiga anak-beranak akan menghantar anda ke pintu.

Ada dua, tiga hint yang mengatakan lawatan anda berjaya dan positif hasilnya:

1) Kalau pakcik/makcik tu cakap - "Lain kali mai la pulak noo.."
2) Kalau pakcik/makcik tu cakap - "Lain kali ajak la mak ayah mai jalan kot belah ni."

Kalau keadaan mengizinkan, anda boleh jemput mereka sekeluarga ke rumah dengan berkata:

"Pakcik, makcik kalau mai belah Sungai Petani mai lah singgah rumah."
Anda pun bergerak.

Menaiki kereta. Perasaan bercampur-baur.

Kalau mereka masih berada di depan pintu rumah, wajarlah membunyikan hon sekali dua dan mengangkat tangan.

Maka berakhirlah episod cinta anda untuk hari ini.

Langkah 8 - Muhasabah


Ops, wingman macam senyap saja dari tadi. Ya kini tibalah masa untuk anda bermuhasabah dan post mortem di dalam kereta.

"Kau tadi aku tengok cuak semacam!"
"Aku tengok Rogayah tu lawa. Untunggggg laaa hang. Family dia pun peramah."

Sekarang tibalah masa untuk anda belanja wingman anda apa-apa yang patut kerana sudi menjadi teman untuk hari ini.

Semasa post-mortem di dalam kereta, berhati-hati. Anda mungkin melanggar tiang lampu kerana terlalu gembira, atau langgar lampu merah kerana terlalu sedih.

Alololo kesiannya...

TAMAT

Segala pengalaman di atas adalah pengalaman saya beraya di rumah kawan-kawan (lelaki/perempuan) dan skills untuk berkomunikasi dengan orang tua. 

Post ini tak ada kaitan dengan: 

"Bila hang nak kahwin?", "So cerita atas ni cerita hang la. Hang dapat dak awek tu?""Rogayah ni yang SMK Pokok Sena tu ka?"

p/s: Baik aku tulis cerpen, dok mengarut tang ni. Sigh. 


No comments:

Post a Comment